Informasi Permainan Video Terkini
Rekaan Baharu Steam Akan Tiba Secara Beta Tidak Lama Lagi
PC

Rekaan Baharu Steam Akan Tiba Secara Beta Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

Valve pada Mac lepas telah memperlihatkan rekaan baharu Steam yang akan menjadikan antara-muka Steam lebih mesra pengguna. Ia juga membantu untuk lebih menonjolkan permainan-permainan yang ada termasuk juga di perpustakaan.

Minggu ini, Valve mula membuka untuk penerbit permainan mengemaskini aset permainan mereka bagi menyesuaikan penyenaraian mengikut rekaan baharu tersebut.

Selain itu, Valve juga mengumumkan beta terbuka untuk rekaan tersebut akan tiba kepada pengguna dalam masa beberapa minggu lagi akan tetapi tiada tarikh tetap yang diumumkan, mungkin bergantung kepada kepantasan penerbit untuk mengemaskini aset permainan mereka.

Jika anda berminat untuk mencuba rekaan tersebut apabila ia tiba secara beta, anda perlu membuka ‘Beta Participation’ di ruangan tetapan aplikasi Steam anda.


TIPS & ULASAN