Skip to main content

Sebelum ini, Atlus mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Persona 5 Royal ke pasaran global.

Terkini, bersempena E3 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka juga memperlihatkan satu video acah khas di mana ianya mempertontonkan bentuk permainan baharu di campur dengan suara latar bahasa Inggeris.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Persona 5 Royal merupakan edisi baharu buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan beberapa kandungan baharu seperti watak baharu dan juga beberapa misi dan lokasi baharu.

Menurut Atlus, permainan ini akan dilancarkan di pasaran Jepun dahulu pada 31 Oktober 2019 ini dan versi global bakal tiba pada tahun hadapan.

Leave a Reply