Informasi Permainan Video Terkini
The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada September Ini

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada September Ini

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Tampaknya, permainan ketiga buat siri The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel juga akan menyertai pasaran global seperti dua permainan sebelum ini di mana NIS America minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan The Legend Of Heroes: Trails OF Cold Steel III di konsol Playstation 4 pada 24 September 2019.

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III asalnya dilancarkan di Playstation 4 buat pasaran Jepun sahaja pada 2017 lepas. Kini melalui versi global, ianya akan menyertakan suara latar bahasa Inggeris.

Permainan ini merupakan permainan sekuel terus daripada dua siri permainan sebelum ini di mana ianya bertempatkan setahun setengah selepas tamatnya permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel II. Pemain juga sekali lagi akan mengembara bersama Rean Schawarzer dan menyertai kelas Class VII baharu.

Bagi anda yang meminati permainan ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang September ini.


TIPS & ULASAN