Skip to main content

Twin Mirror iaitu permainan yang dibangunkan oleh DONTNOD Entertainmen dan diumumkan oleh Bandai Namco pada E3 2018 lepas, kini diumumkan bahawa ianya ditunda sehingga 2020 ini.

Menurut DONTNOD Entertainment, mereka berkerjasama bersama Epic Games Store untuk melancarkan versi PC buat permainan tersebut di Epic Games Store secara eksklusif selama 12 bulan. Meskipun begitu, versi konsol masih lagi akan dilancarkan oleh Bandai Namco di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan tidak dikongsikan. Dengan pelancarannya di Epic Games Store, semestinya senarai permainan di platform tersebut semakin meningkat dengan pelbagai pembangun dan penerbit sudah mula ke platform tersebut berbanding di Steam.

Leave a Reply