Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Umum Permainan The Dark Crystal: Age Of Resistance Tactics Ketika Nintendo Direct

Netflix Umum Permainan The Dark Crystal: Age Of Resistance Tactics Ketika Nintendo Direct

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung semalam, Netflix mengumumkan satu permainan baharu berdasarkan siri The Dark Crystal akan datang, iaitu The Dark Crystal: Age Of Resistance Tactis.

Menurut Netflix, permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol Switch, bersama-sama dengan versi Playstation 4, Xbox One dan PC.

Permainan tersebut dibangunkan oleh BonusXP dan ianya adalah berbentuk strategi secara turutan di mana ianya akan memfokuskan pelbagai jenis watak dariapda dunia fantasi Thra. Permainan ini juga bakal mengembangkan penceritaan The Dark Crystal yang bakal ditayangkan di Netflix menjelang Ogos ini.

Menariknya, permainan ini akan menyertakan lebih dari 80 kempen pertempuran dan pelbagai jenis bentuk pengubah-suai watak dengan kelengkapan dan kelas watak berbeza.

Memandangkan siri The Dark Crystal bakal tiba Ogos ini di Netflix, kami percaya permainan The Dark Crystal: Age Of Resistance Tactis bakal tiba sekitar Ogos juga.


TIPS & ULASAN