Seperti kita sedia maklum, CD Projekt Red (CDPR) sudah mengumumkan yang demo permainan tersebut akan diperlihatkan secara tertutup di E3, dan seperti demo sebelum ini, ia akan dikeluarkan kepada umum beberapa bulan selepas E3.

Di dalam video acah baharu untuk permainan tersebut yang memperlihatkan edisi-edisi pengeluaran permainan tersebut ia juga memperlihatkan alamat untuk sambungan SSH.

Pemain yang menyedari perkara tersebut telah membukan alamat dan mendapati terdapat beberapa fail yang dikongsikan (secara sengaja atau tidak) oleh CDPR.

Fail yang dikongsi kan adalah rekaan poster bersaiz A2, paparan GOG (mungkin GOG Galaxy 2.0 yang akan datang) dan juga berkaitan dengan Gwent.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah fail .txt yang mempunyai mesej rahsia daripada CDPR. Mesej tersebut antaranya mengatakan mereka akan mengeluarkan demo tersebut kepada umum sehingga Gamescom ataupun PAX pada bula Ogos ini.

Untuk menerangkan mengapa ia tidak dikeluarkan secara terus di E3, mereka mengatakan adalah untuk memastikan pemain ternanti-nanti pengumuman yang akan dilakukan pada bulan Ogos ini.

Selain itu CDPR juga mengatakan yang mereka mengeluarkan dua edisi sahaja untuk permainan tersebut iaitu Standard dan Collector Edition adalah untuk tidak memeningkan pemain yang ingin membelinya. Mereka juga berharap apa yang diperlihatkan akan meyakinkan anda untuk pra-tempah permainan tersebut.

CDPR adalah antara syarikat pembangun yang terus disukai oleh pemain, dan mesej rahsia ini juga memberikan sebab untuk mereka menyukainya, walaupun ringkas tetapi ia satu perkara yang sangat baik.

Dropbox: Cyberpunk 2077 Folder Rahsia

Sohor Kini