Skip to main content

Ketika acara Nintendo Direct E3 2019, Square-Enix mengumumkan permainan olahan semula Trials Of Mana, di mana ianya asalnya adalah permainan Seiken Densetsu 3 yang hanya dilancarkan di pasaran Jepun.

Seperti permainan Secret Of Mana sebelum ini, permainan ini merupakan olahan semula dengan visual grafik baharu yang dibangunkan buat konsol Switch, Playstation 4 dan PC.

Trials Of Mana akan memfokuskan enam watak di mana mereka perlu menyelematkan dunia di mana kuasa Mana telah berkurang. Keenam-enam watak tersebut mempunyai penceritaan tersendiri dan pemain perlu mengembara bersama mereka untuk menyelesaikan misteri dunia permainan tersebut.

Dengan bentuk pertempuran sebanyak 3 watak berpasukan, pemain berupaya untuk memilih dan menghasilkan set pasukan sendiri dan bertempur dengan musuh

Buat masa ini, Trials Of Mana dijadualkan bakal tiba pada awal tahun 2020 ini.

Selain daripada itu, Square-Enix juga mengumumkan koleksi permainan Collection Of Mana yang mana ianya menyertakan 3 permainan siri pertama buat Mana iaitu:

  • Final Fantasy Adventure
  • Secret Of Mana
  • Trials Of Mana

Melaluinya, ianya akan menyertakan permainan tersebut dalam bentuk asal permainan tersebut yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol Switch melalui Nintendo eShop.

Leave a Reply