Skip to main content

Konami hari ini mengumumkan permainan Contra seterusnya iaitu Contra: Rouge Corps di mana ianya adalah permainan kesinambungan buat permainan Contra III: Alien Wars.

Pengumuman tersebut diumumkan ketika acara Nintendo Direct di mana menurut Konami, ianya akan dilancarkan pada 24 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

https://www.youtube.com/watch?v=ShFv4iWTssk

Contra Rogue Corps akan memfokuskan bentuk multi-pemain koperasi sehingga 4 pemain serentak di mana pemain berupaya untuk bekerjasama untuk bertempur dan bermain bentuk penceritaannya. Selain itu, mod multi-pemain bertempur sesama pemian juga diumumkan dan bakal disertakan.

Kali ini, permainna ini juga menyertakan 4 watak berbeza iaitu Kaiser, Ms Haraki, Hungry Beast dan Gentlemen di mana keempat-empat watak tersebut mempunyai bentuk kemahiran dan senjata berbeza.

Bersempena dengan pengumuman ini, Konami juga umum permainan koleksi Contra Anniversarry Collection juga kini dilancarkan di Switch di mana informasi lanjut berkenaannya boleh dilihat di pautan bawah.

Leave a Reply