CD Projekt Red dan Nintendo hari ini akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan The Witcher 3: Wild Hunt ke konsol Switch.
Menariknya, mereka akan melancarkan edisi lengkap di mana ianya akan menyertakan kesemua DLC yang telah pun dilancarkan sebelum ini buat permainan tersebut.
The Witcher 3: Wild Hunt merupakan permainan aksi dunia terbuka yang mempunyai bentuk penceritaan yang sangat mendalam dicampur dengan pelbagai bentuk fantasi yang sangat menarik. Ianya telah pun dilancarkan di pelbagai konsol dan PC pada 2015 lepas.
Permainan tersebut juga adalah salah satu permainan terbaik bagi tahun 2015 lepas dan kini melalui versi Switch, pemain tampaknya berupaya untuk bermainnya secara mudah-alih.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan. Namun apa yang pasti, ianya bakal dilancarkan tahun ini.