Skip to main content

Bagi anda yang mengikuti siri TV It’s Always Sunny In Philadelphia, anda pasti mengetahui pencipta siri tersebut iaitu Rob McElhenney.

Terkini ketika acara persidangan Ubisoft, Rob McElhenney mengumumkan bahawa beliau kini akan melancarkan satu siri TV baharu iaitu Mythic Quest: Raven’s Banquet di mana ianya adalah siri komedi yang memfokuskan pembangun permainan, buat permainan video fiksyen Mythic Quest tersebut.

Menurut Rob, siri TV tersebut akan diterbitkan di Apple TV+ dan ianya akan memfokuskan watak Ian Grimm, seorang pengarah kreatif buat permainan Mythic Quest tersebut. Menurut beliau lagi, siri ini akan memfokuskan bagaimana permainan tersebut dibangun dengan pelbagai elemen komedi dan inovatif.

Siri TV tersebut juga dibintangi oleh pelbagai pelakon terkenal seperti Ashly Burch, F. Murray Abraham dan sebagainya. Video acah pertamanya boleh dipertontonkan dibawah dan buat masa ini tarikh rasmi pelancarannya masih belum diumumkan.

Leave a Reply