Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Ubisoft Ketika E3 2019
PC

Segala Pengumuman Ubisoft Ketika E3 2019

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Ubisoft ketika acara persidangan Ubisoft bersempena E3 2019, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah.


E3 2019 Hari Kedua – Watch Dogs Legion, Marvel’s Avengers dan Final Fantasy VII Remake

E3 2019 akhirnya berlangsung secara rasmi minggu ini dan bersempena dengan itu, kami ingin berkongsi dengan anda 10 pengumuman menarik yang berlangsung sepanjang hari kedua E3 ini. 10 pengumuman tersebut terdiri daripada persidangan daripada Ubisoft dan Square-Enix, di mana ketika persidangan Ubisoft berkongsi servis langganan Uplay+, Watch Dogs Legion, Roller Champions dan Gods & Monsters. […]


Assassin’s Creed Odyssey Menerima Mod Story Creator Dan Discovery Tour : Ancient Greece

Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, Assasin’s Creed Odyssey menerima beberapa DLC dalam bentuk Legacy of the First Blade dan The Fate of Atlantis. Menerusi penawaran ini, pengembaraan Alexios atau Kassandra akan disambung hingga ke dunia fantasi Elysium. Di E3 hari ini, Ubisoft mengumumkan dua lagi DLC terakhir untuk Odyssey. Pertama sekali ialah Story Creator Mode […]


Ubisoft Umum Siri TV Mythic Quest: Raven’s Banquet – Siri Komedi Memfokuskan Pembangun Permainan

Bagi anda yang mengikuti siri TV It’s Always Sunny In Philadelphia, anda pasti mengetahui pencipta siri tersebut iaitu Rob McElhenney. Terkini ketika acara persidangan Ubisoft, Rob McElhenney mengumumkan bahawa beliau kini akan melancarkan satu siri TV baharu iaitu Mythic Quest: Raven’s Banquet di mana ianya adalah siri komedi yang memfokuskan pembangun permainan, buat permainan video […]


Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint – Beta Bermula September Ini Dan Program Komuniti Delta Company Diumumkan

Mei lepas, Ubisoft mengumumkan permainan Ghost Recon seterusnya iaitu Ghost Recon: Breakpoint di mana ianya bakal tiba Oktober ini. Kini melalui persidangan Ubisoft buat E3 2019, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan akses beta buat permainan tersebut pada bulan September ini. Menurut Ubisoft, Beta tersebut akan bermula pada 5 hingga 8 September dan melaluinya pemain […]


Just Dance 2020 Diumumkan – Bakal Tiba November Ini Di Pelbagai Platform

Ubisoft hari ini mengumumkan Just Dance 2020 akan dilancarkan pada 5 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch, Stadia dan menariknya sekali, di Nintendo Wii. Dengan menyertakan lebih dari 40 lagu baharu, pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai lagi lagu lain yang dilancarkan sebelum ini melalui langganan Just Dance Unlimited. Antara lagu […]


Gods & Monsters Diumumkan Oleh Ubisoft – Permainan Berdasarkan Mitologi Yunani

Ketika penghujung persidangan Ubisoft, pasukan pembangun Ubisoft Quebec, iaitu pembangun buat Assassin’s Creed Odyssey berkongsi projek seterusnya oleh mereka, Gods & Monsters. Menurut Ubisoft, permainan tersebut adalah permainan berdasarkan mitologi Yunani dan ianya bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga Stadia pada 25 Februari 2020 ini. Menurut Ubisoft, permainna tersebut akan […]


Roller Champions Diumumkan Secara Rasmi – Demo Percuma Kini Boleh Dimuat-Turun

Setelah tertirisnya permainan Roller Champions oleh Ubisoft sebelum ini, ketika persidangan Ubisoft, mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut di mana ianya dijadualkan bakal tiba awal 2020. Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, Ubisoft juga melancarkan demo percuma khas dan anda boleh mainnya di PC bermula hari ini sehingga 14 Jun ini. Untuk memuat-turun tersebut, anda […]


Tom Clancy’s Elite Squad – Permua Buat iOS Dan Android Berdasarkan Siri Tom Clancy’s Oleh Ubisoft

Ketika acara persidangan Ubisoft, mereka juga mengumumkan satu permua baharu iaitu Tom Clancy’s Elite Squad di mana ianya bakal tiba di peranti iOS dan Android. Menurut Ubisoft, permua tersebut memfokuskan bentuk berpasukan 5 lawan 5 dengan pelbagai watak-watak daripada siri Tom Clancy’s seperti Sam Fisher dari Splinter Cell dan juga watak dari siri Division. Menariknya, […]


Ubisoft Umum Servis Langganan UPLAY+ Buat PC Dan Stadia

Ketika acara persidangan Ubisoft buat E3 2019 yang berlangsung hari ini, Ubisoft mengumumkan servis langganan UPLAY+ khas di mana ianya adalah seakan langganan permainan seperti EA Access seperti yang diura-urakan sebelum ini. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain lebih dari 100 permainan keluaran Ubisoft dengan harga langganan sebanyak $14.99(~RM63) sebulan. Menariknya, langganan tersebut juga akan membenarkan […]


Rainbow Six Quarantine Diumukan Secara Rasmi – Bakal Tiba Awal 2020

Bagi anda yang meminati permainan penembak berbentuk koperasi, Ubisoft hari ini mengumumkan permainan Rainbow Six Quarantine bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal 2020 ini. Menurut Ubisoft, permainan ini akan memfokuskan bentuk penembak pandang pertama dengan elemen koperasi sebanyak 3 pemain. Rainbow Six Quarantine akan memfokuskan bentuk pemain bertempur dengan makhluk […]


Brawlhalla – Acara Kolaborasi Bersama Adventure Time Kini Bermula

Bagi anda yang bermain permainan perlawan percuma yang dilancarkan beberapa tahun lepas iaitu Brawlhalla, Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak-watak dari siri kartun Adventure Time buat permainan tersebut melalui acara kolaborasi khas. Melaluinya, pemain berupaya untuk menggunakan watak Jake, Finn dan Princess Bubblegum bermula hari ini sehingga 25 Jun ini. Menariknya, acara […]


Watch Dogs Legion Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Mac 2020

Ketika acara persidangan Ubisoft hari ini, mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi Watch Dogs Legion yang diacahkan oleh mereka sebelum ini. Menurut Ubisoft, permainan tersebut akan tiba pada 6 Mac 2020 di konsol Playstation 4, Xbox One, PC dan juga Stadia. Watch Dogs Legion merupakan permainan dunia terbuka yang memfokuskan di bandaraya London. Melalui permainan tersebut, […]



TIPS & ULASAN