Ketika penghujung persidangan Ubisoft, pasukan pembangun Ubisoft Quebec, iaitu pembangun buat Assassin’s Creed Odyssey berkongsi projek seterusnya oleh mereka, Gods & Monsters.

Menurut Ubisoft, permainan tersebut adalah permainan berdasarkan mitologi Yunani dan ianya bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga Stadia pada 25 Februari 2020 ini.

Menurut Ubisoft, permainna tersebut akan memfokuskan pemain untuk bermain seorang wira yang mana pemain perlu menyelamatkan dunia Yunani tersebut daripada ditakhluk oleh Typhon.

Pemain juga akan mempunyai pelbagai jenis kemahiran berdasarkan kuasa-kuasa tuhan Olympus dan pada masa yang sama akan bertempur dengan pelbagai jenis raksasa berdasarkan mitologi Yunani tersebut.

Dengan visual seakan lukisan, permainan ini sememangnya kelihatan sangat menarik dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini