Bagi anda yang meminati permainan penembak berbentuk koperasi, Ubisoft hari ini mengumumkan permainan Rainbow Six Quarantine bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal 2020 ini.

Menurut Ubisoft, permainan ini akan memfokuskan bentuk penembak pandang pertama dengan elemen koperasi sebanyak 3 pemain.

Rainbow Six Quarantine akan memfokuskan bentuk pemain bertempur dengan makhluk asing parasit di mana pemain bukan sahaja perlu bertempur malah memastikan pemain tidak berjangkit dengan parasit tersebut.

Buat masa ini, informasi lanjut tidak diumumkan, kami pasti akan mengemaskininya setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini