Seperti yang diumumkan oleh Bethesda Softworks sebelum ini, Rage 2 bakal menerima DLC baharu sekitar tahun ini dan bersempena dengan persidangan Bethesda yang berlangsung hari ini, mereka memperlihatkan video acah baharu buat DLC tersebut.

Seperti yang dijanjikan oleh mereka, DLC tersebut akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah senjata, penceritaan, kenderaan dan sebagainya. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan dan menurut mereka ianya bakal tiba sekitar tahun ini.

Rage 2 merupakan permainan penembak dunia terbuka yang sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga telah pun membuat ulasannya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini