Ketika acara persidangan Bethesda yang berlangsung hari ini, Shinji Mikami yang terkenal sebagai bapa kepada permainan pertahanan hidup seram mengumumkan permainan seterusnya oleh Tango Gameworks iaitu Ghostwire: Tokyo.

Tango Gameworks iaitu pasukan pembangun yang terlibat dengan siri permainan The Evil Within kini bakal membawa permainan baharu iaitu Ghostwire: Tokyo di mana ianya merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk ghaib di bandaraya Tokyo.

Menurut kenyataan Bethesda, permainan ini akan meletakkan pemain untuk menyelesaikan misteri berlaku penduduk Tokyo tersebut hilang dan pada masa yang sama pemain juga akan mempunyai kemahiran istimewa khas dan akan menemui pelbagai elemen ghaib yang bermisteri.

Buat masa ini, tarikh pelancaran mahupun platform masih belum dinyatakan. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini