Seperti permainan pertama Age Of Empire, tampaknya permainan Age Of Empire II juga diumumkan bakal tiba sebagai permainan pernambah-baikkan di mana ketika acara persidangan Xbox hari ini, Microsoft mengumumkan mereka bakal membawa permainan Age Of Empire II: Definitive Edition di PC.
Seperti permainan sebelum ini, versi pernambah-baikkan ini akan menyertakna pelbagai pernaik-tarafan seperti sokongan resolusi 4k dan audio permainan yang dinaik-taraf.
Menariknya juga, Micrososft juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan kempen permainan baharu yang dipanggil The Last Khans secara bersama.
Bagi anda yang berminat, permainan ini akan tiba melalui Xbox Game Pass di PC dan pendaftaran beta permainan tersebut boleh dibuat melalui laman rasmi Age Of Empire.