Sebelum ini Team Ninja dan Koei Tecmo mengumumkan watak Mai Shiranui akan tiba di permainan perlawanan Dead Or Alive 6. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran watak tersebut bersama-sama dengan satu lagi watak dari King Od Fighters iaitu Kula Diamond.
Menurut Koei Tecmo, Mai Shiranui dan Kula Diamond adalah watak berdasarkan King Of Fighters XIV di mana ianya akan dilancarakn sebagai watak DLC berbayar pada 18 Jun 2019 ini.

Menariknya, watak-watak tersebut akan menyertakan kemahiran-kemahiran mereka daripada permainan asal dan pada masa yang sama mereka juga akan menyertakan pelbagai kostum tambahan khas buat kedua-dua watak tersebut.
Dead Or Alive 6 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC di mana kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di sini. Koei Tecmo juga sebelum ini telah pun melancarkan versi percuma buat permainan perlawanan ini iaitu Dead Or Alive 6: Core Fighters.