Skip to main content

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan secara rasmi DLC berbayar pertama buat permainan Kingdom Hearts 3 iaitu Re:Mind di mana ianya diumumkan bakal tiba sekitar suku ke-empat tahun ini.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara konsert Kingdom Hearts Orchestra: Word Of Tres di Amerika Syarikat dan berdasarkan video acah di atas, ianya kelihatan akan menyertakan sebilangan kandungan baharu seperti senjata dan bentuk Keyblade baharu bersama dengan keupayaan untuk bermain watak seperti Aqua dan Roxas.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix dan telah pun dilancarkan awal tahun ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply