Di acara EA Play, selain berkongsi mengenai Star Wars Jedi: Fallen Order, Respawn Entertainment turut berkongsi mengenai permainan pertempuran royale mereka Apex Legends.

Pertama mereka berkongsi mengenai acara masa terhad yang akan berlangsung sehingga 18 Jun 2019. Melaluinya pemain akan mendapat cabaran baharu untuk diselesaikan bagi mendapat pelbagai ganjaran khas seperti rekaan senjata.

Selain itu, ia juga akan memperkenalkan Elite Queue iaitu pemain yang bermain dengan baik pada satu sesi permainan akan mempunyai pilihan untuk bermain di dalam Elite Queue yang akan mengumpul pemain yang bermain dengan baik bagi menghasilkan sesi bermain yang lebih mencabar.

Akhir sekali, Respawn juga akan mengadakan Double XP Weekend pada hujung minggu ini yang akan memberikan mata pengalaman dua kali ganda untuk tahap watak dan juga untuk Battle Pass.

Kedua, mereka juga berkongsi lanjut mengenai musim kedua bagi Apex Legends. Musim kedua yang digelar sebagai Battle Charge akan bermula pada 2 Julai 2019.

Melalui musim kedua, ia akan menyertakan senjata baharu iaitu Plasma Fueled LMG iaitu L-Star yang merupakan senjata popular di dalam Titanfall. Ia merupakan senjata yang hanya diperoleh melalui Care Package, dan tidak akan mempunyai lebihan peluru kerana ia merupakan senjata yang berkuasa.

Musim kedua juga akan menyertakan satu Legend baharu iaitu Wattson yang merupakan watak sokongan. Beliau mempunyai pelbagai kebolehan untuk menyokong satu pasukan, antaranya adalah mencipta pagar yang akan menyatakan kedudukan lawan yang melaluinya, beliau juga boleh menghasilkan Turret. Selain itu beliau juga boleh mengisi semula Shield rakan sepasukan.

Respawn juga akan memperkenalkan Ranked Mode semasa musim kedua. Melalui mod ini, pemain akan mempunyai tahap mengikut kejayaan mereka bermain. Pemain akan lebih banyak bermain dengan pemain yang mempunyai peringkat yang sama, ini akan memastikan perlawan yang lebih seimbang.

Manakala untuk Battle Pass bagi musim kedua, Respawn juga akan menyertakan 3 kandungan baharu, 4 kostum Legendary. Battle Pass musim kedua juga akan lebih memfokuskan cabaran berbanding masa yang akan lebih mempercepatkan untuk meningkat tahap.

Maklumat lanjut mengenai musim kedua bagi Apex Legend akan dikongsikan di masa hadapan. Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini