Kemaskini 10 Jun 2019: Melalui acara persidangan Xbox, EA juga memperlihatkan satu video acah khas yang memfokuskan penceritaan permainan ini di mana anda boleh menontonnya dibawah.
EA Play sedang berlangsung, dan permainan pertama yang diperlihatkan oleh EA adalah permainan aksi pengembaraan berdasarkan siri Star Wars iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order.
Ia memperlihatkan 15 minit sesi bermain selepas 3 jam masa permainan. Watak utama iaitu Cal Kestis cuba menyelamatkan Wookiee yang ditangkap oleh Empire. Seperti sedia maklum permainan ini berlaku selepas Star Wars Episode 3 iaitu Order 66 diumumkan (pembunuhan semua Jedi).
Video sesi bermain tersebut memperlihatkan pelbagai kebolehan yang boleh dilakukan oleh Cal Kestis. Sebagai seorang Jedi, beliau boleh bertempur dengan menggunakan Force dan juga Lightsaber.
Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan terutama menggunakan Force seperti menolak, menarik dan memperlahankan pergerakan penjahat dan juga persekitaran.
Selepas bertempur, pemain juga akan memperoleh Skill Point yang boleh digunakan untuk meningkatkan kebolehan Cal Kestis. Selain penjahat, terdapat juga pelbagai haiwan yang akan melawan bukan sahaja watak pemain, tetapi mereka juga akan menyerang watak penjahat dan pemain boleh melihat.
Cal Kestis juga akan membawa sebuah droid yang akan menemani beliau, ia juga akan menyokong seperti menggodam persekitaran dan juga akan membawa ubatan untuk Cal.
Menariknya, semasa bermain misi utama, terdapat juga misi sampingan yang boleh dilakukan oleh pemain, ia nampaknya seperti misi yang tidak wajib dilakukan oleh pemain.
Star Wars Jedi: Fallen Order akan dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 15 November 2019.