Skip to main content

EA bakal mengumumkan secara rasmi FIFA 20 tidak lama lagi, dan tampaknya sebelum pengumuman tersebut mereka sudah berkongsi satu video acah baharu yang juga memperlihatkan satu mod permainan baharu.

Mod yang dinamakan sebagai VOLTA Football akan membawa kembali FIFA Street bukan sebagai permainan berasingan tetapi sebahagian permainan di dalam FIFA 20.

Melalui mod ini, pemain boleh mencipta watak sendiri, memakai pelbagai pakaian dan ia juga menyertakan beberapa bentuk perlawanan berbeza iaitu 3v3 (tanpa penjaga gol), 4 lawan 4, 4 lawan 4 (tanpa penjaga gol) dan juga Futsal biasa.

Walaupun kami lebih menyukai jika mereka meningkatkan realisme mod Career terutama dalam segi perpindahan tetapi mod ini sudah semestinya menambah lagi cara untuk bermain FIFA.

FIFA 20 akan dikeluarkan pada 27 September 2019, buat masa ini platform ia akan dikeluarkan belum disahkan.

Leave a Reply