THQ Nordic dan Airship Syndicate hari ini mengumumkan permainan baharu buat siri Darksiders iaitu Darksiders Genesis di mana ianya adalah permainan sampingan yang bertempatkan sebelum permainan pertama Darksiders.

Menariknya, permainan ini tidak berbentuk penembak pandang ketiga seperti permainan Darksiders sebelum ini tetapi ianya memfokuskan bentuk aksi berbentuk isometrik seakan permainan Diablo.

Permainan ini akan memfokuskan watak Horseman ke-empat iaitu Strife. Menariknya, permainan ini juga memperlihatkan watak Horseman sebelum ini seperti War dan ianya bertempatkan sebelum permainan pertama Darksiders.

Menurut THQ Nordic, mereka juga menyertakan pelbagai ketua musuh dengan bentuk tekaria dan pertempuran yang meluas seperti permainan Darksiders sebelum ini.

Darksiders Genesis akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga Stadia. Namun, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Sohor Kini