2003 lepas dunia dikejutkan dengan permainan SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom yang mana ianya adalah satu permainan platformer khas berdasarkan siri kartun SpongeBob Squarepants dengan bentuk penceritaannya tersendiri.
Terkini, THQ Nordic mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC dengan nama SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom Rehydrated.
SpongeBob Squarepants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan asalnya yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Menurut THQ Nordic, mereka akan mengolahkan semula dengan visual terkini disamping pernaik-tarafan bentuk permainan.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan apa yang pasti, pemain sekali lagi akan mengembara bersama SpongeBob Squarepants bersama-sama rakan beliau seperti Sandy dan Patrick untuk menewaskan Plankton.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.