Skip to main content

E3 2018 lepas, Devolver Digital mengumumkan permainan My Friend Pedro yang mana ianya merupakan permainan penembak side-scroller yang bakal tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam.

Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan di mana ianya bakal tiba 20 Jun 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk penembakan beraksi yang pantas di mana ianya juga mempunyai sistem pergerakan perlahan yang mana pasti akan memberi kesan aksi yang menarik disamping memudahkan pemain untuk menyasarkan ke arah musuh.

Bagi anda berminat untuk mendapat My Friend Pedro, ianya kini sudah boleh dipra-tempah mengikut platform pilihan anda dan menariknya melalui Steam, Devolver Digital mengadakan promosi khas pra-tempahan dengan harga RM33.15 sahaja

Leave a Reply