Skip to main content

Tampaknya permainan perlumbaan terkenal di peranti telefon pintar iaitu Asphalt 9: Legends kini bakal menemui pemain di Switch di mana Gameloft minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkannya kelak di konsol tersebut.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan dan berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya kelihatan mempunyai bentuk multi-pemain dengan pembahagian skrin sehingga 4 pemain serentak.

Gameloft juga tidak menyatakan sama ada permainan tersebut bakal tiba secara percuma ataupun berbayar. Walaubagaimana pun, akan kami kongsikan setelah Gameloft mengumumkannya kelak.

Leave a Reply