Informasi Permainan Video Terkini
Destroy All Humans! Kembali Sebagai Permainan Olahan Semula Di Konsol Dan PC
PC

Destroy All Humans! Kembali Sebagai Permainan Olahan Semula Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada June 7, 2019 oleh .

Destroy All Humans! merupakan permainan dunia terbuka yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai makhluk asing dan menangkap manusia-manusia di mana ianya dilancarkan pada 2005 lepas.

Terkini melalui laporan IGN, THQ Nordic dan Black Forest Games bakal membawa kembali permainan tersebut sebagai permainan olahan semula di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang tahun 2020 ini.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan namun menurut laporan IGN, permainan tersebut akan diolah semula berdasarkan permainan asalnya yang dilancarkan 2005 lepas di mana pemain akan bermain sebagai makhluk asing bernama Crypto dan perlu menakluk bumi dengan membunuh dan menangkap manusia, binatang dan sebagainya.

Bagi anda pernah bermain permainan Destroy All Humans!, adakah pengumuman ini dinantikan oleh anda?


TIPS & ULASAN