Jika anda ada impian untuk menjadi artis di dalam kumpulan K-Pop ia mungkin satu impian yang teramat sukar untuk menjadi realiti. Jika anda ingin mengurus kumpulan K-Pop sendiri ia mungkin menjadi realiti walaupun sekadar secara maya.
Permainan mudah alih rasmi untuk kumpulan popular BTS iaitu BTS World akan dikeluarkan secara global pada 26 Jun ini untuk iOS dan Android. Permainan yang dibangunkan oleh Netmarble ini akan membawa pemain kembali ke tahun 2012 sebelum kumpulan tersebut hadir secara rasmi pada setahun kemudian.
Melalui permainan ini, pemain perlu menyelesaikan pelbagai misi sebagai pengurus kumpulan tersebut. Antaranya adalah mencari tempat tinggal untuk kumpulan tersebut. Berdasarkan keperluan setiap ahli, pemain perlu mencari tempat yang paling sesuai.
Bentuk permainan mungkin nampak ringkas, akan tetapi satu yang akan menjadi kegilaan bagi peminat kumpulan ini adalah ia juga akan menyertakan 100 klip video dan juga 10 ribu gambar ahli kumpulan BTS termasuk juga muzik latar rasmi.
Permainan ini adalah percuma untuk dimuat turun, tetapi akan disertakan dengan mikro-transaksi. Bagi yang berminat, anda boleh pra-daftar minat untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai permainan tersebut melalui pautan di bawah.
[info]Pra-Daftar: BTS World[/info]