Blizzard Dilaporkan Sedang Membangun Diablo 4 Dan Overwatch 2

Kotaku hari ini melaporkan yang Blizzard telah membatalkan projek permainan menembak berdasarkan siri StarCraft. Projek tersebut tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh mereka.

Tambah laporan tersebut lagi, pembatalan projek tersebut adalah untuk membantu pembangunan bagi permainan Diablo 4 dan juga Overwatch 2. Diablo 4 sebelum ini sudah diura-ura akan tiba, tetapi Overwatch 2 mungkin adalah satu kejutan.

Kedua-dua permainan tersebut dijangkakan akan diumum semasa Blizzcon pada bulan November ini. Mengenai perkara ini Blizzard mengatakan ia sudah menjadi kebiasaan untuk mereka membangun sesuatu dan kemudiannya bergerak ke projek yang lain.

Sohor Kini