Bungie sebelum ini mengacah yang mereka bakal mengumumkan ‘bab baharu’ untuk permainan looter shooter mereka Destiny 2. Hari ini, mereka betul-betul membawa Destiny 2 ke satu era baharu.
Pertamanya, selepas mendapat sepenuhnya hak penerbitan untuk permainan mereka daripada Activision, Bungie bakal menyediakan Destiny 2 melalui Steam dan pemain yang sudah bermain melalui Battle.Net akan berpindah ke Steam September ini.
Bagi pemain yang masih tidak memiliki permainan tersebut, ia juga kini akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan melalui Destiny 2: New Light yang menyertakan permainan asas Destiny 2 termasuk penambahan Curse of Osiris dan Warmind,
Lebih menarik, mereka juga akan memberikan permainan fail simpanan rentas platform, dengan kata lain pemain boleh bermain menggunakan watak yang sama di mana-mana platform. Ia adalah untuk semua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One, Stadia, dan PC.
Manakala bagi pemain yang inginkan kandungan baharu, mereka juga mengumumkan Shadowkeep. Ia merupakan penambahan tersendiri, di mana pemain tidak perlu memiliki kesemua penambahan untuk bermain-nya. Ia akan dilancarkan pada September ini.