Nintendo hari ini mengumumkan 3 lagi permainan NES bakal tiba buat pelanggan Nintendo Switch Online di mana ianya akan menyertakan permainan City Connection, Double Dragon II: The Revenge dan Volleyball.

Ketiga-tiga permainan tersebut boleh mula dimainkan melalui aplikasi permainan NES di Switch bermula 12 Jun 2019 ini.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini