Skip to main content

Sebelum ini, Focus Home Interactive dan Deck13 Interactive mengacahkan permainan seterusnya buat The Surge yang mana ianya bakal tiba tahun ini. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi buat permainan The Surge 2 di mana ianya bakal tiba 24 September 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Surge 2 memfokuskan bentuk permainan beraksi dengan tema sains fiksyen di mana pemain bukan sahaja mempunyai kemajuan watak tersendiri, malah pemain juga berupaya untuk menukar senjata dan kelengkapan watak.

Deck13 Interactive iaitu pembangun permainan ini juga menjanjikan bahawa The Surge 2 akan lebih kejam dan ganas dengan pelbagai jenis musuh yang pemain bakal tempuhi.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan The Surge 2, nantikannya menjelang September ini di platform pilihan anda.

Leave a Reply