Skip to main content

Outright Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Jumanji: The Video Game iaitu permainan berdasarkan filem Jumanji. Menurut mereka, permainan tersebut dibangunkan oleh Funsolve juga kolaborasi bersama Sony Pictures.

Menariknya, ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 November 2019 ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Pelancaran permainan ini juga adalah bersempena dengan filem kedua buat siri Jumanji ini yang bakal ditayangkan Disember ini.

Melalui Jumanji: The Video Game, pemain diberi peluang untuk bermain sebagai keempat-empat watak berdasarkan filem Jumanji sebelum ini iaitu Dr. Smolder Bravestone, Ruby Roundhouse, Franklin “Mouse” Finbar dan Professor Shelly Oberan di mana mereka perlu bekerjasama untuk menyelesaikan tekaria dan sebagainya.

Seperti di dalam filem, permainan ini meletakkan pemain untuk mengembara di dalam dunia Jumanji dalam bentuk koperasi multi-pemain dalam-talian ataupun luar talian melalui pembahagian skrin.

Buat masa ini, bentuk permainannya masih belum dipertontonkan secara rasmi, akan tetapi apa yang pasti ianya kelihatan akan memfokuskan bentuk aksi koperasi yang mana pasti akan menarik minat buat mereka yang meminati permainan bergenre sebegini.

Nantikan pelancaran permainan Jumanji: The Video Game menjelang November kelak.

Leave a Reply