Moonton iaitu pembangun bagi permainan MOBA popular Mobile Legends: Bang Bang telah menerbitkan satu permainan baharu iaitu Mobile Legends: Adventure yang merupakan permainan mudah alih strategi kad dan juga RPG.

Terdapat berpuluh watak yang boleh didapati oleh pemain yang mempunyai 6 kuasa berlainan. Pemain juga boleh mendapatkan Emblems serta barangan untuk menambah kebolehan watak.

Pemain boleh menggunakan watak-watak tersebut untuk bertempur menggunakan pelbagai strategi berlainan mengikut situasi ataupun lawan. Terdapat peringkat tanpa had untuk pemain menguji kehebatan sambil mendapatkan pelbagai ganjaran.

Pemain juga boleh memasuki Arena untuk bertempur dengan pemain lain secara masa nyata. Guild juga boleh dibuat dengan rakan lain untuk melawan ketua penjahat khas.

Bagi mod kempen pula, pemain akan mengembara bersama watak Layla untuk mengetahui lanjut mengenai sejarah dan juga menyaksi Eternal War of Light and Darkness.

Selain itu ia juga menyertakan fungsi “auto-farming” yang membolehkan pemain mendapatkan pengalaman ataupun barangan tanpa membuka aplikasi.

Mereka juga menjanjikan permainan yang menggunakan storan yang sedikit serta permainan yang lancar walaupun berada di tempat yang mempunyai sambungan internet perlahan.

Permainan ini sudah boleh dimuat turun oleh pengguna iOS di Thailand, Vietnam, Russia, Germany, UK, Canada, Australia, Brazil dan New Zealand. Bagi pengguna di Malaysia, mereka mengatakan yang ia akan tiba pada akhir Julai ini untuk iOS dan Android.

Sebarang pengumuman lanjut kami akan kongsikan di Aksiz, atau anda juga boleh mengikut laman FB rasmi permainan ini.

Sohor Kini