Bagi anda yang meminati siri Anime terkenal Detective Conan, Bushiroad dan Ambition hari ini mengumumkan mereka akan melancarkan satu permua khas berdasarkan siri anime tersebut iaitu Detective Conan Runner: Race To The Truth.
Melalui permua ini, ianya memfokuskan bentuk pelarian tanpa had khas di iOS dan Android yang mana pemain akan bermain sebagai Detective Conan dan mengelak pelbagai halangan dan pada masa yang sama mengumpul barangan untuk mengejar suspek.
Menariknya, permua ini mempunyai penceritaannya tersendir dengan pelbagai kes-kes yang Conan bakal tempuhi bersama pemain. Bushido juga menjanjikan pelbagai ilustrasi menarik dan pemain boleh mengumpul pelbagai jenis ilustrasi watak-watak yang terdapat buat siri tersebut.
Bagi anda yang berminat, permua tersebut akan dilancarkan 5 Jun 2019 ini, iaitu esok. Buat masa ini, pra-pendaftaran masih lagi boleh dilakukan dan bagi anda yang berbuat demikian, Bushido akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan.
[info] Pra-Daftar: Detective Conan Runner: Race To The Truth [/info]