Minecraft Earth Nampak Lebih Menarik Berbanding Yang Dijangkakan

Di acara persidangan WWDC oleh Apple, Mojang mengambil kesempatan untuk memperlihatkan buat pertama kali permainan mudah alih Minecraft Earth yang diumumkan beberapa minggu lepas.

Berdasarkan demo yang diperlihatkan, anda boleh menontonnya di atas, kami boleh katakan ia nampak lebih menarik berbanding jangkaan kami sebelum ini.

Keupayaan untuk membina bersama rakan, termasuk juga menghasilkan bangunan yang bersaiz besar adalah antara perkara menarik yang diperlihatkan. Mereka juga mengumumkan ia akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini