4 Permainan Menarik Untuk Bulan Jun 2019

Kita sudah berada di pertengahan tahun 2019 dan saya boleh katakan setakat ini ia telah menjadi satu tahun yang baik untuk pemain permainan video. Terdapat pelbagai permainan yang menarik sudah dikeluarkan dan juga akan keluar.

Seperti biasa, kami memilih 12 permainan yang akan dikeluarkan pada bulan ini, senarai tersebut anda boleh lihat-nya di bahagian akhir artikel ini. Pada masa yang sama berikut adalah 4 permainan yang akan dikeluarkan pada bulan ini yang bagi kami paling menarik.

Judgment

Bagi anda yang meminati siri permainan Yakuza, termasuk juga kami, Judgment sudah semestinya permainan yang dinanti-nantikan. Menggunakan bentuk permainan seakan Yakuza tetapi ditambah dengan sistem penyiasatan menjadikan ia lebih unik. Judgment merupakan permainan eksklusif untuk PlayStation 4 dan akan dikeluarkan pada 25 Jun 2019.

Crash Team Racing: Nitro-Fueled

Jika bulan lepas kita menerima permainan kart, Team Sonic Racing, bulan ini kita menerima pula Crash Team Racing. Selain ia adalah permainan kart yang tidak terhad kepada konsol Nintendo, ia juga menyertakan watak yang merupakan kesayangan bagi ramai pemain iaitu Crash. Permainan ini dibangunkan oleh Beenox dan diterbitkan oleh Activision untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019.

Super Mario Maker 2

Antara permainan yang kami nantikan untuk tiba ke Switch adalah Super Mario Maker. Super Mario Maker sebelum ini dikeluarkan untuk 3DS dan Wii U, hadirnya ke Switch dan juga disertakan dengan pelbagai penambahan yang menarik, ia adalah permainan yang sudah semestinya menjadi tumpuan bulan ini. Dikeluarkan oleh Nintendo secara eksklusif untuk Switch pada 28 Jun 2019.

Bloodstained: Ritual of the Night

Diselia oleh bekas penerbit siri permainan Castlevania, Bloogstrained: Ritual of the Night sudah semestinya satu permainan yang menarik terutama pemain yang meminati permainan berjenis Metroidvania. Permainan ini juga menerima sentuhan grafik yang baik selepas dikritik sebelum ini. Ia dibangunkan oleh ArtPlay dan diterbitkan oleh 505 Games untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 18 Jun serta untuk Switch pada 25 Jun 2019.


Di atas merupakan permainan menarik yang akan dikeluarkan sepanjang bulan Mei ini. Bagaimana dengan anda, ada permainan yang anda lebih nantikan tetapi kami tidak senaraikan?

Sohor Kini