Bungie melalui kicauan di akaun Twitter rasmi mereka mengumumkan mereka bakal memperlihatkan “Bab baharu” bagi permainan mereka iaitu Destiny 2.
Buat masa ini tiada pengesahan jika pengumuman tersebut adalah mengenai penambahan ataupun musim baharu. Bagi anda yang berminat ia akan bermula 7 Jun 2019, jam 1 pagi waktu tempatan.
Januari lepas, Bungie mengumumkan yang mereka kini telah mempunyai hak penuh penerbitan permainan ini setelah mengambilnya daripada Activision.