Skip to main content

Google hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengadakan strim langsung untuk melakukan pengumuman lanjut bagi perkhidmatan terbaru mereka iaitu Google Stadia melalui Stadia Connect. Ia akan berlangsung pada 7 Jun ini, jam 12 pagi waktu tempatan.

Melalui acara tersebut, mereka bakal mengumumkan antaranya harga perkhidmatan, permainan yang akan tiba dan juga bila ia dilancarkan. Kesemua maklumat tersebut tidak diumumkan semasa perkhidmatan ini pertama kali diperlihatkan pada Mac lepas.

Google Stadia ialah platform permainan video awanan yang dikatakan membolehkan pemain untuk bermain tanpa memerlukan konsol yang khusus dan boleh menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba, desktop, ChromeCast dan televisyen pintar yang menyokongnya.

[info]Bacaan Lanjut: Pandang Pertama Google Stadia – Adakah Ini Masa Depan Permainan Video?[/info]

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti acara tersebut, kami sediakan pautan Youtube di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=k-BbW6zAjL0

Leave a Reply