Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest XII Kini Sah Di Dalam Perancangan Square-Enix

Dragon Quest XII Kini Sah Di Dalam Perancangan Square-Enix

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Selain daripada pengumuman permua Dragon Quest Walk, Square-Enix hari ini juga mengesahkan bahawa permainan utama Dragon Quest seterusnya berada di dalam perancangan.

Yu Miyake iaitu penerbit siri permainan tersebut juga menyatakan bahawa beliau dan Yuji Horii (Pereka siri Dragon Quest) kini sedang membuat persediaan untuk Dragon Quest XII. Beliau juga menyatakan buat masa ianya masih lagi berada di tahap permulaan dan ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum ianya diumumkan secara rasmi.

Sebagai seorang peminat siri Dragon Quest, pengumuman ini semestinya satu pengumuman yang dinanti-nantikan oleh peminat. Meskipun begitu, memandangkan Dragon Quest XII: Echoes Of An Elusive Age baru sahaja dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas dan versi Switch bakal tiba sekitar tahun ini, kami percaya Dragon Quest XII masih lagi jauh daripada tarikh pelancarannya.


TIPS & ULASAN