Skip to main content

Bandai Namco minggu ini memperlihatkan video khas yang mana mereka mempertontonkan disebalik tabir berkenaan pembangunan permainan Digimon Survive yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Melaluinya, mereka memperlihatkan penerbit permainan tersebut iaitu Habu Kazumasa dan Tsuzuki Katsuaki di mana mereka berkongsi pendapat dan pengalaman mereka ketika menghasilkan permainan ini.

Melalui video tersebut, antara yang dikongsikan oleh penerbit tersebut adalah sejarah beliau terlibat dengan sebahagian permainan-permainan Digimon yang telah dilancarkan sekitar 10 tahun ini termasuklah permainan Digimon di pelbagai konsol.

Habu Kazumasa juga menyatakan bahawa mereka teragak-agak untuk membawa permainan Digimon ke pasaran global, namun setelah mendapat pelbagai permintaan oleh peminat, mereka akhirnya melancarkan Digimon Story: Cyber Sleuth dan ianya telah terjual melebihi 800,000 salinan di seluruh dunia.

Sekaligus, untuk menarik minat peminat baharu di samping melancarkan satu bentuk permainan baharu buat siri Digimon, mereka akhirnya mengumumkan Digimon Survive di mana ianya memfokuskan bentuk permainan elemen RPG yang berbeza dengan permainan Digimon sebelum ini. Seperti anda sedia maklum, permainan Digimon Survive mempunyai bentuk strategi mengikut turutuan yang mana ianya lebih taktikal dan mencabar.

Dari segi visual juga, Bandai Namco mengambil pendekatan visual secara grafik 2 dimensi mereka berharap untuk memberi peluang kepada peminat untuk mengenang kembali visual seakan siri anime klasik Digimon.

Semestinya bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh menonton keseluruh video disebalik tabir permainan Digimon Survive yang berdurasikan 15 minit, di atas.

Digimon Survive dirancang untu dilancarkan secara global sekitar tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.

Leave a Reply