Skip to main content

Sebelum ini, Inti Creates mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Gunvolt Chronicles: Luminous Avengers iX ke konsol Switch, di mana ianya adalah permainan seterusnya buat siri Azure Striker Gunvolt.

Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu 26 September 2019 ini. Menariknya permainan tersebut juga bakal tiba di Playstation 4 dan PC melalui Steam pada tarikh yang sama.

Gunvolt Chronicles: Luminous Avenger iX merupakan permainan yang dibangunkan oleh Inti Creates, yang mana mereka terkenal dengan permainan 2D Platformer seperti siri Mega Man Zero dan Mega Man ZX.

Kali ini, ianya akan memfokuskan watak Copen di mana ianya menyertakan sebilangan bentuk permainan baharu dan masih lagi mengekalkan aksi yang pantas.

Bagi anda yang berminat, ianya bakal tiba menjelang 25 September ini dengan harga sekitar $14.99(~RM63) di Playstation 4, Switch dan PC.

Leave a Reply