Kebolehan bermain permainan video didalam kenderaan Tesla bukanlah sebuah konsp yang baru. Sebelum ini, Atari telah memperkenalkan beberapa permainan mereka yang boleh dimainkan pada paparan dalaman beberapa kenderaan Tesla.
Terkini, Elon Musk telah mengumumkan bahawa permainan sidescroller popular Cuphead akan boleh dimainkan melalui kenderaan-kenderaan Tesla juga.
Permainan Cuphead tersebut dijangka hadir melalui kenderaan Tesla Model S, Model X dan Model 3 pada musim panas kelak. Akan tetapi, storan dalaman yang terhad bermakna bahawa pemandu hanya akan boleh memainkan peta Inkwell Isle One sahaja.
Pemandu kenderaan Tesla juga akan memerlukan sebuah pengawal permainan USB untuk menggerakkan watak-watak didalam permainan ini. Buat masa ini, pihak Tesla mahupun mdhr masih belum mengumumkan tarikh pelancaran khusus untuk kenderaan-kenderaan mereka.