SEGA minggu ini memperlihatkan video acah baharu buat permainan akan datang oleh pembangun siri Yakuza, iaitu Judgment. Melalui video tersebut, mereka memperlihatkan sebilangan bentuk pertempuran buat watak Takayuki Yagami.

Video acah tersebut memperlihatkan pelbagai bentuk pertempuran berbeza yang pemain boleh lakukan. Memandangkan watak utama permainan ini adalah seorang detektif peribadi, beliau juga mahir di dalam seni mempertahankan diri, sekaligus membuka pelbagai bentuk pertempuran yang pemain boleh lakukan. Terdapat pelbagai jenis gaya pertempuran berbeza seperti gaya harimau dan gaya burung jenjang.

Judgment adalah permainan aksi pengembaraan yang bertempatkan di Jepun, di kawasan Kamurocho di mana pemain bermain sebagai detektif peribadi, Takuyaki Yagami, yang dilakonkan oleh pelakon Jepun terkenal, Takuya Kimura. Permainan tersebut sebelum ini mempunyai isu berkenaan pelakon Pierre Taki dan ianya sudah pun diubah oleh SEGA.

Bagi pasaran Malaysia, Judgment akan dilancarkan bulan ini pada 25 Jun 2019 ini khas di Playstation 4.

Sohor Kini