Skip to main content

Ninjala merupakan permainan aksi pandang ketiga yang diumumkan ketika acara E3 2018 lepas di mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Gungho Online buat konsol Switch.

https://www.youtube.com/watch?v=UVwOGD6xxpg

Minggu ini, GungHo Online mengumumkan yang mana permainan tersebut akan ditundakan sehingga suku pertama tahun 2020. Asalnya ianya akan dilancarkan sekitar awal tahun ini.

Kazuki Morishita iaitu penerbit permainan tersebut menyatakan bahawa mereka memerlukan masa untuk pembangunan permainan tersebut, terutamanya fungsi atas-talian berada di tahap kualiti yang bagus apabila ianya dilancarkan kelak. Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan pelbagai lagi kandungan baharu.

Bersempena pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan satu video acah baharu di mana anda boleh menontonnya dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=X-W-ahO3X2o

Ninjala merupakan permainan multi-pemain arena yang memfokuskan bentuk pandang ketiga dengan pertempuran secara jarak dekat. Seperti yang tonton di atas, permainan tersebut sememangnya mempunyai arah seni seakan Splatoon, namun ianya kelihatan lebih memfokuskan bentuk seorang Ninja di mana pemain berupaya untuk berlari di atas dinding dan sebagainya.

Ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun 2020 eksklusif di Switch.

Leave a Reply