Minggu lepas kami melaporkan yang Square Enix bakal mengumumkan permainan mudah alih berdasarkan siri Dragon Quest. Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan Dragon Quest Walk.

https://www.youtube.com/watch?v=tbp9V_uA6_U

Ia merupakan permainan mudah alih berdasarkan lokasi yang menggunakan teknologi realiti-terimbuh, atau dengan kata lain satu lagi permainan seakan Pokemon Go.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Jepun dan akan dikeluarkan pada tahun ini dan tiada pengesahan jika ia akan turut dikeluarkan secara global.

Sohor Kini