Avengers: Endgame adalah filem MCU yang paling memuaskan. Ia bukanlah filem yang terbaik, tetapi antara yang terhebat dan sungguh mengasyikkan. Filem ini adalah kesimpulan kepada tiga fasa MCU selama 11 tahun dan 21 filem.

Filem Avengers: Endgame juga merupakan filem MCU yang paling berjaya dengan kutipan yang sangat mengejutkan. Di Malaysia sahaja tiket pra-tempah berjaya mengutip sebanyak RM10 Juta dan pada bulan lepas ia telah menjadi filem pertama di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM70 Juta. Kutipan secara global pula, Endgame telah pun mengalahkan Titanic dan menjadi tempat kedua di bawah filem Avatar. Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 berjaya mengutip sebanyak $2,787,965,087, manakala Endgame pula kini sudah menghampiri Avatar dengan kutipan sebanyak $2,713,201,784.
Endgame memerlukan kutipan lebih $70 Juta lagi untuk merampas takhta Avatar. Di saat ini, ada yang sudah hilang harapan sama ada adakah Endgame bakal menjadi filem dengan kutipan paling banyak dunia. Manakala ada lagi masih mempunyai harapan, kerana sehingga hari ini, filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam.