Filem ‘The Batman‘ adalah filem DC yang terbaru yang diarahkan oleh Matt Reeves. Ada kemungkinan besar filem ini akan berada dalam dunia yang sama dengan filem DC lain, cuma yang pasti Batman bukan lagi dilakonkan oleh Ben Affleck. Ini kerana pada awal bulan Mac, Ben telah mengesahkan yang beliau tidak boleh membawa watak Batman dalam filem ‘The Batman’ kerana perwatakan Batman dalam filem baharu ini tidak sesuai dengan diri beliau, jadi beliau hanya akan menjadi sebahagian daripada penulis buat filem ini.

Ura-ura sebelum ini mengatakan Robert Pattinson yang terkenal dengan francais filem Twilight bakal menggantikan Ben Affleck. Kemudian turut kedengaran yang pihak Warner Bros. turut memilih Nicholas Hoult (Pelakon Beast dalam filem X-Men) sebagai pengganti Ben. Minggu lepas, kedua-dua pelakon ini telah hadir untuk ujian penskrinan dan pihak Warner Bros, telah memilih Robert Pattinson sebagai Batman yang baharu. Ya, bekas pelakon puntianak ini adalah Bruce Wayne muda buat filem DC yang dikatakan akan ditayangkan pada tahun 2021 kelak.

Banyak juga kecaman yang hadir di arena web, namun ada yang mengatakan yang peminat Batman perlu memberi peluang kepada Robert untuk mencuba memainkan watak ini. Watak Joker yang dilakonkan oleh Heath Ledger sebelum ini juga dikecam, namun selepas filem ditayangkan – beliau dinobatkan sebagai watak Joker terbaik yang pernah hadir ke layar perak.

Sohor Kini