Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana SNK akan melancarkan permainan Samurai Shodown pada bulan Jun ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Bersempena dengan itu, Sony dan SNK hari ini juga mengumumkan yang mana anda boleh mencuba permainan tersebut secara percuma khas di konsol Playstation 4.

Melalui demo ini, ianya hanya terhad untuk dicuba dengan tempoh masa dua jam sahaja dan setelah pemain mula bermain, tempoh masa tersebut akan terus bermula dan akan disambung jika pemain menutup aplikasi permainan tersebut dan menyambung sesi permainan semula. Selain itu, demo ini juga adalah terhad sehingga 20 Jun 2019 ini sahaja dan hanya pelanggan Playstation Plus sahaja yang berupaya untuk mencubanya.

Dari segi kandungan demo, SNK menyatakan ianya akan menyertakan 3 watak sahaja yang boleh dimainkan iaitu Yashamaru Kurama, Haohmaru dan Nakoruru. Dari mod permainan pula, terdapat 3 mod iaitu mod latihan, mod belajar dan mod pertempuran.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Samurai Shodown, anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turunnya.

[download] Muat-Turun PSN Store: Samurai Shodown Demo [/download]

Leave a Reply