Sony Interactive Entertainment, hari ini mengumumkan yang mana mereka akan tingkatkan harga langganan buat Playstation Plus menjelang 1 Ogos 2019 ini. Berikut adalah harga baharu buat langganan Playstation Plus mengikut langganan bulanan:
- Langganan 12 Bulan : RM159
- Langganan 3 Bulan : RM69
- Langganan 1 Bulan : RM29
Ini sekaligus peningkatan sekitar 15% bagi setiap langganan di mana bagi langganan 12 bulan sebelum ini adalah RM129, manakala langganan 3 bulan RM43 dan sebulan adalah RM21.
Sememangnya ini adalah peningkatan yang tidaklah begitu tinggi dan sebelum ini di pasaran Eropah juga telah pun ditingkatkan di mana kini tampaknya tiba masanya giliran buat pelanggan Malaysia. Namun, ianya agak mengecewakan memandang kita tidak lagi menerima permainan Playstation 3 dan Playstation Vita sejak Mac lepas. Namun, ini juga mungkin bermakna Sony sedang bersiap sedia untuk konsol generasi seterusnya.
Menurut Sony, peningkatan ini adalah disebabkan keadaan pasaran di Malaysia dan buat anda yang masih belum memiliki langganan Playstation Plus ataupun bercadang untuk melanggannya, anda disarankan untuk melanggannya sebelum Ogos ini untuk menikmati harga yang lebih murah. Ataupun anda juga boleh melanggan Playstation Plus sempena tawaran Days Of Play yang bakal berlangsung minggu hadapan dengan harga hanya sekitar RM90.
Bagi anda yang tidak ingin melanggannya lagi, anda juga disarankan untuk menukar tetapan melanggan secara automatik melalui konsol ataupun laman rasmi Playstation.