Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Jun ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • NHL 19 – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 Jun
  • Rivals Of Aether – Boleh ditebus dari 16 Jun hingga 15 Julai
  • Portal – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Jun
  • Earth Defense Force 2017 – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Jun

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langganan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Jun ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Mei, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Sohor Kini